Ads

Feb 5, 2010

'Pocong' di hadapan pejabat TNC HEP


Perarakan aman yang dianjurkan Pro-Mahasiswa diketuai Saudara Shafie Hashim dan Saudara Aizat Saleh berlansung petang tadi selepas selesai solat Jumaat,bermula dari Masjid Akademi Pengajian Islam ke pejabat TNC HEP.

Perarakan yang dijangka dihadiri lebih 500 mahasiswa (kata Shafie Hasyim),hanya dihadiri lebih kurang 50 orang termasuk media dan pihak keselamatan. Perarakan itu membawa kain rentang dan 'pocong mahasiswa' yang ditulis 'MAHASISWA DITIPU' dan 'MAHASISWA DITINDAS' untuk diserahkan kepada pihak HEP sambil menyebarkan risalah kepada orang ramai.



Di pejabat TNC HEP,pihak keselamatan membenarkan para aktivis ini memasuki bangunan HEP walaupun pihak polis tidak membenarkan mereka melepasi had atas arahan Naib Canselor,kerana ingin menjaga nama baik UM dan kredibiliti pihak atasan. Mereka juga mendesak supaya TNC HEP meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRK lalu.



'Pocong Mahasiswa' ingin diserahkan kepada pihak HEP tetapi pihak HEP enggan untuk menerimanya kerana ia dianggap sebagai kelakuan yang kurang sopan. Akhirnya mereka hanya meletakkan 'pocong' tersebut dihadapan pintu pejabat.

**takda perkataan lain sebab nampak mcm pocong.HAHAHAHA...
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl