Ads

Feb 4, 2010

Pro-M anjurkan perarakan aman(?) esok


Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) akan mengadakan perarakan aman esok sebagai kesinambungan tidak puas hati mereka terhadap keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) minggu lalu. Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, perarakan aman akan diadakan selepas solat Jumaat esok.

Beliau memberitahu, mereka akan berarak dari Masjid al-Rahman menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) UM. ohd Shafie menjangka kira-kira 500 mahasiswa akan menyertai perarakan aman itu dengan membawa beberapa kain rentang dan poster bantahan mereka.

"Kita sudah membuat persediaan untuk tujuan keselamatan esok. Kita akan mengawal penyokong kita dari melakukan provokasi. Kita akan mengingatkan mahasiswa. Kita berharap tidak ada pihak yang menghalang kita. Harap keadaan (esok) tenang dan tidak ada sebarang gangguan," katanya.

**Utamakan ILMU.Ingat ibu yang melahirkan anda dan tujuan anda berada di UM ini.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl