Ads

Feb 11, 2010

Tahniah YDP MPMUM sesi 09/10


Pilihanraya Kampus 09/10 menjadi saksi kemenangan pihak Penggerak Mahasiswa sebanyak 22 kerusi dan Pro-Mahasiswa sebanyak 17 kerusi. Dengan ini Penggerak Mahasiswa kembali menguasai Universiti Malaya.

Pembentukan kabinet telah berlansung pada 9 Feb 2010 lepas dimana Khairul Anuar Bin Abu Kasim,calon umum pilihan anda diangkat menjadi YDP MPMUM sesi 09/10. Beliau dari Akademi Pengajian Islam,mengambil jurusan Biokimia dan Pengajian Islam.

Naib YDP dipegang oleh Tee Wooi Keat dari Fakulti Kejuruteraan, Setiausaha MPMUM dipegang oleh Rahmah Husna Binti Baharudin dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Pengganti Ratu Kontroversi,Ayuni) dan Bendahari MPMUM dipegang oleh Koo Wei Juin dari Fakulti Sains.

Wartikah perlantikan dijangka akan berlansung selepas cuti Tahun Baru Cina. Tahniah diucapkan kepada yang memegang jawatan.

**Selamat Tahun Baru Cina~
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl