Ads

Feb 3, 2010

PENGGERAK MAHASISWA menang


3 Jan 2010 : Hari ini detik yang ditunggu-tunggu mahasiswa setelah penangguhan keputusan Pilihanraya Kampus Universiti Malaya selama 5 hari. Keputusan diumumkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya di IPS petang tadi.

Keputusan PRK pada jumaat lepas adalah SAH dan DIKEKALKAN,di mana Penggerak Mahasiswa memenangi 21 kerusi,Pro-Mahasiswa 17 kerusi dan 3 kerusi dimenangi calon bebas. 2 calon bebas dikatakan menyebelahi Penggerak Mahasiswa.

Keputusan ditangguh kerana bantahan daripada pihak Pro-Mahasiswa berkenaan perlaksanaan e-voting yang dikatakan tidak adil dan korup. Mereka memohon supaya undian dilakukan semula dan siasatan terhadap TNC HEP dilakukan.

Pihak Pro-Mahasiswa kelihatan kecewa dengan keputusan yang diumumkan petang tadi. Nasib baik tiada rusuhan lagi berlaku di IPS sebentar tadi.

**Tahniah kepada Penggerak Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa. Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini,Pro-Mahasiswa kalah,mereka akan salahkan e-voting!
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl