Ini adalah rakaman video pada malam keputusan PRK 28 Jan 2010 dan Bantahan e-voting pada 29 Jan 2010. Kita lihat aksi-aksi Pro-Mahasiswa pada malam itu dan pagi seterusnya.
[Part 1]Pro-Mahasiswa menunaikan solat Isya'.Kata-kata semangat daripada wakil Pro-Mahasiswa menyatakan berjuang kerana Allah,semoga Allah bersama mereka,etc. Kemudian melaungkan "Gerak BACUL","Hancur Gerak"(ingin menghancurkan sesama Islam?).
[Part 2]Pro-Mahasiswa BANTAH e-voting. Pro-Mahasiswa marah kerana e-voting yang menjanjikan keputusan awal,ditangguh pada hari seterusnya. Sedangkan bantahan undian yang dilakukan oleh mereka sendiri secara logiknya mengambil masa,bukan sekadar perbincangan mulut sahaja. NC yang menghormati suara mahasiswa untuk pertimbangkan rayuan bantahan suruh diminta penjelasan kenapa keputusan tidak dapat serta merta? Semasa Cik Fakhriatul Azhan mengumumkan keputusan akan dikeluarkan pada hari seterusnya,anda boleh mendengar suara carutan dan maki hamun dituju kepada pegawai HEP tersebut.(dgr dengan teliti).
Penggerak Mahasiswa cuba berlembut dan cuba menenangkan Pro-Mahasiswa supaya tidak berkelakuan kurang ajar tetapi mereka provok Penggerak suruh berundur? (Sesama Islam tak boleh saling mengingatkan dan menasihati?)
[Special Part]Yang ini paling kelakar.Pro-Mahasiswa merempuh keselamatan ke pejabat NC. Suruh NC letak jawatan. Apabila berhadapan dgn NC,melaungkan "Sayang NC". Hipokrit? Malampau!
**Hayati betul-betul video ini.dan terdapat banyak lagi video pada malam itu. Dan fikir sejenak,apa sudah jadi dengan umat Islam sekarang? Allah akan sentiasa bersama dengan yang benar,bukan munafik.Wallahualam.