Ads

Feb 27, 2010

Pengambilan AJK biro-biro MPMUM


Setelah secara rasminya MPMUM 09/10 diiktiraf, kini tiba masa pula untuk sesi pengambilan AJK bagi biro-biro MPMUM. Ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dan ingin bersama-sama menaikkan nama Universiti Malaya. Ia sekaligus diharamkan kepada sesiapa yang ingin memboikot aktiviti MPMUM dan orang yang sentiasa memalukan Universiti.

Temuduga bagi pengambilan AJK bagi biro-biro MPMUM 09/10 akan diadakan pada :

2-3 Mac 2010 , jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Contoh biro yang ada ialah penerangan & penerbitan, hal ehwal wanita, kebajikan & aduan serta 7 biro yang lain. Setiap AJK yg terpilih akan diberi sijil penghargaan, berpeluang menyertai program MPMUM sama ada sekitar kampus mahupun luar kampus. Sekian. Harap Maklum.
read more...

Feb 25, 2010

Penerimaan Watikah MPMUM 09/10



MPMUM sesi 09/10 menerima watikah di Dewan Tunku Canselor petang tadi. Watikah yang disampaikan oleh Naib Canselor diiringi TNC HEP berlansung dengan lancar sebentar tadi.

Saudara Khairul Anuar Kasim dilantik sebagai YDP MPMUM kali ini,diikuti Saudara Tee Wooi Keat sebagai Naib YDP, Saudari Rahmah Husna sebagai Setiausaha MPMUM dan Saudari Koo Wei Juin sebagai Bendahari MPMUM sesi 09/10.

Sementara pernyerahan watikah berlansung di dalam DTC,terdapat juga pembentukan "kabinet kartun" sendiri di luar DTC,menjadi bahan lucu dikalangan mahasiswa yang berada di situ.

Mereka dikalangan MPMUM Pro-Mahasiswa membentuk kabinet sendiri kerana ingin memprotes pembentukan MPMUM sesi ini,sedangkan mereka sendiri tidak menghadiri mesyuarat semasa pemilihan MT. Kebanyakan MPMUM Pro-Mahasiswa diletakkan di bawah biro-biro,bukan di dalam Majlis Tertinggi seperti yang diharapkan.(gila kuasa)?

"Izzudin Helmi buat macam MPMUM Pro-M macam boneka pulak sampai jadi bahan gelak orang kat luar sana. Malu aku nak join." kata salah seorang MPMUM yang bertanding di atas tiket Pro-Mahasiswa baru-baru ini,hanya ingin dipanggil dengan nama panggilan 'petir'.

Lihatlah bertapa angkuhnya mereka tidak mahu mengiktiraf kabinet kali ini. Mereka seperti 'menggalakkan' lagi perpecahan antara mahasiswa sendiri,kerana ingin 'menerapkan' konsep 'perpecahan' ini dengan menubuhkan "kabinet ilusi" mereka sendiri yang dipanggil "kabinet kartun".

Mahasiswa pandai dan bijak berfikir. Kami harap MPMUM bersatu, tidak berpecah dan tidak menjadi boneka supaya kebajikan yang dijanjikan tidak terabai. Jangan biar mahasiswa dibawah menjadi mangsa keadaan.
read more...

Feb 21, 2010

Takziah buat Saudari Ayuni



Semalam 21 Februari 2010 dilaporkan ayah kepada saudari Ayuni telah meninggal dunia jam 11 pagi. Ayah beliau dipercayai meninggal akibat kanser paru-paru yang dialami sejak sekian lama lagi. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau supaya rohnya dicucuri rahmat dan semoga Allah menempatkan beliau di dalam golongan orang-orang yang dikasihi-Nya. Salam TAKZIAH Saudari Ayuni.

Kepada kita yang masih hidup,banyakkan beribadat kepada Allah, Jangan terlalu mengejar dunia daripada akhirat. Dan sentiasa ingat,jangan kita musnahkan cita-cita dan harapan bapa kita yang telah membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa.
read more...

Feb 12, 2010

Selamat Tahun Baru Cina



Pro-Student ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua mahasiswa berbangsa cina dan mahasiswa melayu yang turut menyambut raya cina.

Mari kita tanamkan semangat 1Malaysia di dalam hati masing-masing kerana perpaduan kaum memberi impak kepada kemajuan negara kita yang tercinta!
read more...

Feb 11, 2010

YDP MPMUM disabotaj


Belum sampai seminggu saudara Khairul Anuar diangkat menjadi YDP MPMUM 09/10,beliau telah dianiaya oleh pihak tertentu di kolej beliau sendiri.

Beliau yang menginap di Kolej Kediaman ke-11 telah disabotaj apabila berita PALSU tersebar mengatakan beliau ingin mengadakan Majlis Ramah Mesra YDP MPMUM 09/10 bersama warga kolej kediaman pada 8.30 malam di Dewan Pendeta.

Banyak poster [gambar] telah ditampal di sekitar blok terutama blok perempuan. Tidak kurang juga pesanan ringkas yang disebarkan kepada penghuni kolej daripada individu yang tidak diketahui.

Ketika dihubungi, Khairul Anuar menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui sama sekali tentang program tersebut. Beliau juga menyatakan rasa terkejut dan kecewa atas kejadian ini.

Saudara Fahmi Adilah (Presiden Kolej Kediaman ke-11) juga tidak mengetahui perkara ini ketika dihubungi. Beliau juga meminta supaya penghuni kolej berhati-hati dan tidak terpedaya dengan berita-berita yang tidak sahih.

"Di kolej sekarang busy dengan meeting-meeting projek,terutamanya OPKIM. Dewan juga tidak ditempah untuk apa-apa aktiviti pada malam ini. Saya harap penghuni kolej perlu lebih peka dengan perkara ini. Dan berharap tidak berlaku lagi.",katanya.

Wakil Pro-Student juga sempat terserempak dengan salah seorang JTK Kolej ke-11, Saudara Haziq Isa dan meminta pendapat tentang perkara ini.

"Tak sangka ada segelintir penghuni kolej ni yang bodoh. Da la keluarkan poster ini tanpa cop kolej. Kita(penghuni) semua tahu poster atau sebarang publisiti bertampal perlu mendapatkan pengesahan kolej. Kalau nak tipu orang pon,sekurang-kurangnya dapatkan pengesahan JIK JTK dan pentadbiran kolej. Baru la tak nampak kebodohan nak tipu orang. Nama kolej pon salah tulis,font tak professional. Menyedihkan.",katanya.

**Siapa yang buat benda ni semua? FITNAH lagi...
read more...

Tahniah YDP MPMUM sesi 09/10


Pilihanraya Kampus 09/10 menjadi saksi kemenangan pihak Penggerak Mahasiswa sebanyak 22 kerusi dan Pro-Mahasiswa sebanyak 17 kerusi. Dengan ini Penggerak Mahasiswa kembali menguasai Universiti Malaya.

Pembentukan kabinet telah berlansung pada 9 Feb 2010 lepas dimana Khairul Anuar Bin Abu Kasim,calon umum pilihan anda diangkat menjadi YDP MPMUM sesi 09/10. Beliau dari Akademi Pengajian Islam,mengambil jurusan Biokimia dan Pengajian Islam.

Naib YDP dipegang oleh Tee Wooi Keat dari Fakulti Kejuruteraan, Setiausaha MPMUM dipegang oleh Rahmah Husna Binti Baharudin dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Pengganti Ratu Kontroversi,Ayuni) dan Bendahari MPMUM dipegang oleh Koo Wei Juin dari Fakulti Sains.

Wartikah perlantikan dijangka akan berlansung selepas cuti Tahun Baru Cina. Tahniah diucapkan kepada yang memegang jawatan.

**Selamat Tahun Baru Cina~
read more...

Feb 5, 2010

'Pocong' di hadapan pejabat TNC HEP


Perarakan aman yang dianjurkan Pro-Mahasiswa diketuai Saudara Shafie Hashim dan Saudara Aizat Saleh berlansung petang tadi selepas selesai solat Jumaat,bermula dari Masjid Akademi Pengajian Islam ke pejabat TNC HEP.

Perarakan yang dijangka dihadiri lebih 500 mahasiswa (kata Shafie Hasyim),hanya dihadiri lebih kurang 50 orang termasuk media dan pihak keselamatan. Perarakan itu membawa kain rentang dan 'pocong mahasiswa' yang ditulis 'MAHASISWA DITIPU' dan 'MAHASISWA DITINDAS' untuk diserahkan kepada pihak HEP sambil menyebarkan risalah kepada orang ramai.



Di pejabat TNC HEP,pihak keselamatan membenarkan para aktivis ini memasuki bangunan HEP walaupun pihak polis tidak membenarkan mereka melepasi had atas arahan Naib Canselor,kerana ingin menjaga nama baik UM dan kredibiliti pihak atasan. Mereka juga mendesak supaya TNC HEP meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRK lalu.



'Pocong Mahasiswa' ingin diserahkan kepada pihak HEP tetapi pihak HEP enggan untuk menerimanya kerana ia dianggap sebagai kelakuan yang kurang sopan. Akhirnya mereka hanya meletakkan 'pocong' tersebut dihadapan pintu pejabat.

**takda perkataan lain sebab nampak mcm pocong.HAHAHAHA...
read more...

Feb 4, 2010

Pro-M anjurkan perarakan aman(?) esok


Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) akan mengadakan perarakan aman esok sebagai kesinambungan tidak puas hati mereka terhadap keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) minggu lalu. Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hashim berkata, perarakan aman akan diadakan selepas solat Jumaat esok.

Beliau memberitahu, mereka akan berarak dari Masjid al-Rahman menuju ke Dewan Tunku Canselor (DTC) UM. ohd Shafie menjangka kira-kira 500 mahasiswa akan menyertai perarakan aman itu dengan membawa beberapa kain rentang dan poster bantahan mereka.

"Kita sudah membuat persediaan untuk tujuan keselamatan esok. Kita akan mengawal penyokong kita dari melakukan provokasi. Kita akan mengingatkan mahasiswa. Kita berharap tidak ada pihak yang menghalang kita. Harap keadaan (esok) tenang dan tidak ada sebarang gangguan," katanya.

**Utamakan ILMU.Ingat ibu yang melahirkan anda dan tujuan anda berada di UM ini.
read more...

Feb 3, 2010

JALINAN MAHASISWA 2010


"JALINAN MAHASISWA 2010" - Mahasiswa Penggerak Perpaduan
Anjuran Kelab Perpaduan dan Perhubungan Kaum, Universiti Malaya KL
Dengan kerjasama Kolej-Kolej Kediaman dan Penggerak Mahasiswa, Universiti Malaya KL
3-7 Februari 2010

Penganjuran program yang julung-julung kali diadakan ini merangkumi pelbagai pengisian, meliputi bidang sukan dan permainan, keagamaan dan kerohanian, ilmiah dan intelektual, kempen kesedaran sivik, kesenian dan kebudayaan, serta hiburan terpimpin. JM mempunyai matlamat untuk mengeratkan jalinan di antara mahasiswa dan masyarakat, serta melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan tinggi, matang, sihat, cergas, dan berfikiran kritis.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Group Kelab Perpaduan dan Perhubungan Kaum UM di Facebook.

Masyarakat 1Malaysia dijemput hadir bagi memeriahkan Jalinan Mahasiswa 2010."

Di sini dilampirkan tentatif untuk program Jalinan Mahasiswa : [link]

Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan diupdate di Facebook.

**Sama-sama memeriahkan Program yang penuh manfaat ini.
read more...

PENGGERAK MAHASISWA menang


3 Jan 2010 : Hari ini detik yang ditunggu-tunggu mahasiswa setelah penangguhan keputusan Pilihanraya Kampus Universiti Malaya selama 5 hari. Keputusan diumumkan oleh Naib Canselor Universiti Malaya di IPS petang tadi.

Keputusan PRK pada jumaat lepas adalah SAH dan DIKEKALKAN,di mana Penggerak Mahasiswa memenangi 21 kerusi,Pro-Mahasiswa 17 kerusi dan 3 kerusi dimenangi calon bebas. 2 calon bebas dikatakan menyebelahi Penggerak Mahasiswa.

Keputusan ditangguh kerana bantahan daripada pihak Pro-Mahasiswa berkenaan perlaksanaan e-voting yang dikatakan tidak adil dan korup. Mereka memohon supaya undian dilakukan semula dan siasatan terhadap TNC HEP dilakukan.

Pihak Pro-Mahasiswa kelihatan kecewa dengan keputusan yang diumumkan petang tadi. Nasib baik tiada rusuhan lagi berlaku di IPS sebentar tadi.

**Tahniah kepada Penggerak Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa. Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini,Pro-Mahasiswa kalah,mereka akan salahkan e-voting!
read more...

Pro-Mahasiswa tunjuk belang sebenar


Ini adalah rakaman video pada malam keputusan PRK 28 Jan 2010 dan Bantahan e-voting pada 29 Jan 2010. Kita lihat aksi-aksi Pro-Mahasiswa pada malam itu dan pagi seterusnya.

[Part 1]

Pro-Mahasiswa menunaikan solat Isya'.Kata-kata semangat daripada wakil Pro-Mahasiswa menyatakan berjuang kerana Allah,semoga Allah bersama mereka,etc. Kemudian melaungkan "Gerak BACUL","Hancur Gerak"(ingin menghancurkan sesama Islam?).

[Part 2]

Pro-Mahasiswa BANTAH e-voting. Pro-Mahasiswa marah kerana e-voting yang menjanjikan keputusan awal,ditangguh pada hari seterusnya. Sedangkan bantahan undian yang dilakukan oleh mereka sendiri secara logiknya mengambil masa,bukan sekadar perbincangan mulut sahaja. NC yang menghormati suara mahasiswa untuk pertimbangkan rayuan bantahan suruh diminta penjelasan kenapa keputusan tidak dapat serta merta? Semasa Cik Fakhriatul Azhan mengumumkan keputusan akan dikeluarkan pada hari seterusnya,anda boleh mendengar suara carutan dan maki hamun dituju kepada pegawai HEP tersebut.(dgr dengan teliti).
Penggerak Mahasiswa cuba berlembut dan cuba menenangkan Pro-Mahasiswa supaya tidak berkelakuan kurang ajar tetapi mereka provok Penggerak suruh berundur? (Sesama Islam tak boleh saling mengingatkan dan menasihati?)

[Special Part]

Yang ini paling kelakar.Pro-Mahasiswa merempuh keselamatan ke pejabat NC. Suruh NC letak jawatan. Apabila berhadapan dgn NC,melaungkan "Sayang NC". Hipokrit? Malampau!

**Hayati betul-betul video ini.dan terdapat banyak lagi video pada malam itu. Dan fikir sejenak,apa sudah jadi dengan umat Islam sekarang? Allah akan sentiasa bersama dengan yang benar,bukan munafik.Wallahualam.
read more...