Malam terakhir kempen pilihanraya kampus hangat apabila kumpulan besar Penggerak Mahasiswa mula bergerak dari kolej kediaman masing-masing. Kumpulan Penggerak Mahasiswa mula menanggalkan banner calon Pro-Mahasiswa kerana Penggerak Mahasiswa mendakwa banner calon mereka yang digantung siang tadi telah 'ghaib'. Apabila Pro-M ditanya di mana hilang banner,mereka tidak mengaku dan tidak tahu apa-apa,sedangkan mereka berjaga hampir 24 jam di situ.
Malam sebelumnya,pihak Penggerak dan Pro-Mahasiswa telah bersetuju dan masing-masing telah berjanji tidak akan menanggalkan banner sesiapa pada hari seterusnya. Jika perjanjian dilanggar,pihak yang dianiaya berhak mencabut banner yang masih tinggal. Tetapi malangnya pihak Pro-Mahasiswa melanggar janji-janji mereka,dan pada malam ini hanya tinggal banner calon Pro-Mahasiswa sahaja.
Jadi kumpulan Penggerak melaksanakan hak-hak mereka mencabut banner yang lain. Di belakang perpustakaan,berlaku sedikit pertelingkahan sehingga pihak keselamatan,SUKSIS dan polis yang bertugas turun untuk meredakan keadaan.
Penggerak kemudian menuju ke hadapan fakulti sains dan melihat banner 'haram Akademi Fantasia' digantung semula selepas pihak HEP suruh menurunkan banner tersebut pada siang hari. Penggerak mempertikaikan mengapa banner itu boleh digantung semula sedangkan banner itu tidak dibenarkan digantung dan tertakhluk pada syarat-syarat berkempen. Pro-Mahasiswa didakwa telah melanggar peraturan yang telah dipersetujui semasa hari penamaan calon.
Keadaan di situ semakin panas dengan kehadiran pihak polis dan menahan 3 orang daripada kumpulan Pro-Mahasiswa kerana melakukan provokasi melampau dan membawa beberapa raga BERISI BATU KONKRIT dikatakan sebagai senjata mempertahankan diri. Mereka bertiga kemudian dibawa ke Balai Polis,masih ditahan untuk siasatan.
Akhirnya pihak polis meminta supaya kedua-dua pihak supaya bersurai dan tidak dibenarkan lagi berkumpul beramai-ramai. Semua orang diminta balik ke kediaman masing-masing dan biarkan polis melakukan tugas rondaan.