11 Jan - Hari ini Pihak Pro Mahasiswa telah meminta penjelasan Saudara Asri selaku Presiden Kolej-Kolej Kediaman Univerisiti Malaya(SPKUM) atas gelaran ``PENCEROBOH`` yang dilabelkan kepada Pro-Mahasiswa UM ketika mereka menjalankan program Ziarah Mesra di Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya.
Beliau mendesak Pro-Mahasiswa supaya menarik balik kenyataan fitnah Pro-Mahasiswa terhadap beliau dan SPKUM. Pro-Mahasiswa sebelum ini mendakwa Saudara Asri menggelar Pro-Mahasiswa sebagai PENCEROBOH. Beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Beliau turut menjelaskan bahawa SPKUM tidak membantah tempat pengundian di Fakulti seperti yang didakwa oleh Pro-Mahasiswa sebelum ini. Beliau setuju Fakulti turut dijadikan tempat mengundi,hanya Kolej Kediaman perlu dikekalkan seperti sebelum ini.
Pro-Mahasiswa sebagai satu gerakan yang membawa
ISLAM sebagai asas perjuangan utama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk fitnah dan provokasi kerana akan melambangkan kelemahan gerakan islam itu sendiri.
Sebagai satu gerakan Pelajar yang mahu dihormati dan mendapatkan sokongan daripada masyarakat kampus seharusnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan gerakan Mahasiswa itu sendiri.Tuduhan Fitnah yang dilemparkan kepada SPKUM tanpa sebarang bukti ini adalah benar-benar keterlaluan daripada pihak Pro-Mahasiswa.
Ini amat memalukan. Sebelum ini juga ramai mahasiswa telah terperdaya dengan penipuan dan fitnah yang dilakukan Pro-Mahasiswa.
Saudara Asri meminta Pro-Mahasiswa menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Sumber -
Smart Generation