6 Jan - Pro-Mahasiswa kini sedang giat mencari calon mereka terutamanya dikalangan mahasiswa Tahun Pertama untuk Pilihanraya Kampus akan datang. Ini turut menandakan Pilihanraya Kampus sudah hampir.
"
Mereka berjumpa dan menawarkan kepada saya untuk menjadi calon mereka tetapi saya menolaknya." kata salah seorang mangsa Tahun Pertama yang ingin namanya dirahsiakan.
Apabila ditanya siapa yang mencari calon itu, beliau memberitahu mereka adalah
Siti Zuraini Jenan dan
Mohd Syahid Zaini. Kedua-dua mereka adalah ahli MPMUM Pro-Mahasiswa. Kedua-dua mereka sangat aktif dalam pergerakan Pro-Mahasiswa. (
sila lihat video ini)
Pro-Student tidak menghalang sesiapa untuk menjadi calon mereka. Mahasiswa terutamanya Tahun Pertama dinasihatkan supaya mengkaji dahulu latar belakang dan perjuangan Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa sebelum menerima sebarang tawaran.
Pro-Mahasiswa juga dikatakan mencari mangsa Tahun Pertama kerana sudah ketandusan orang untuk mewakili mereka pada Pilihanraya Kampus akan datang.
Setakat ini masih tiada maklumat mengenai Penggerak Mahasiswa. Nantikan.
*
mentang-mentang Tahun Pertama tak tahu apa-apa.*