6 Jan - Pihak SPKUM berpendapat dan ingin mencadangkan supaya tempat mengundi untuk Pilihanraya Kampus yang akan datang ini dikekalkan seperti sebelum ini, iaitu di setiap Kolej Kediaman.
Jurucakap SPKUM, Saudara Asri Zulkifli, melihat perkara ini lebih wajar kerana peratusan mahasiswa yang turun mengundi sebelum ini adalah tinggi dan ini perlu dikekalkan.
"
Jika fakulti ingin dijadikan tempat mengundi, ia juga perlu, sebagai penambahan tempat mengundi supaya peratusan mahasiswa turun mengundi meningkat" kata beliau.
Sebelum ini, Pro-Mahasiswa dan PMIUM telah menghantar memorandum kepada Naib Canselor UM dan TNC HEP supaya tempat mengundi ditukar kepada Fakulti, tidak di Kolej Kediaman.
"
Ia menjadi beban bagi segelintir mahasiswa yang tidak mempunyai kenderaan atau yang tidak mempunyai sebarang kelas pada ketika itu. Jadi kami (SPKUM) berpendapat supaya tempat mengundi diadakan di kedua-dua Fakulti dan Kolej Kediaman. Ini salah satu perjuangan kami menjamin kebajikan mahasiswa."
Disini kita dapat lihat Pro-Mahasiswa tidak meneliti sepenuhnya perkara ini yang jelas melibatkan kebajikan seluruh mahasiswa UM. Pro-Mahasiswa melihat perkara ini hanya untuk agenda dan kepentingan politik sendiri.
Pihak SPKUM akan menghantar memorandum kepada NC dan TNC HEP berkenaan perkara ini dalam masa terdekat.