30 Jan - Kawanan Pro-Mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Farid Jalpah masih tidak bersetuju sistem e-voting dilaksanakan dalam Pilihanraya Kampus akan datang.
Mereka mendakwa sistem ini tidak telus dan meruntuhkan demokrasi mahasiswa dan boleh berlaku penyelewengan jika sistem ini dipegang oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Pilihanraya Kampus kali ini memperkenalkan beberapa penambahan dalam sistem e-voting iaitu e-penamaan, e-rayuan dan e-bantah. Pro-Mahasiswa kelihatan semakin takut dengan sistem yang menyebabkan kekalahan mereka.
Saudara Farid Jalpah mendakwa sistem berkomputer ini melakukan kesalahan dalam pengiraan jumlah undi yang berlaku pada calon Fakulti Pendidikan akhirnya menyebabkan kekalahan kepada calon Pro-Mahasiswa dengan majoriti 3 undi sahaja pada PRK lepas. *
Ini kenyataan paling kelakar pernah dikeluarkan Pro-Mahasiswa*
Memang wajarlah hampir semua pelajar Akademi Pengajian Islam dan Mahasiswa Borneo API tidak bersetuju Saudara Farid Jalpah dinaikkan sebagai Pengerusi Pro-Mahasiswa. Mungkin disebabkan ceteknya ilmu beliau, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.
Pro-Student mewakili sebahagian besar pelajar Akademi Pengajian Islam mencabar Saudara Farid Jalpah,
Jika benar E-Voting mematikan demokrasi Kampus dan akan berlaku penyelewengan, JANGAN HANTAR CALON UNTUK PRO-MAHASISWA PADA PRK AKAN DATANG INI.!!!Buktikan bahawa anda berfikir lebih hebat daripada komputer dan buktikan anda berani kerana benar. Buktikan anda tidak bercakap kosong semata-mata mengenai demokrasi Kampus. Jangan mempermainkan mahasiswa!!
Ke Arah Mahasiswa RASIONAL.
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai.