27 Jan - Sistem e-voting akan digunakan untuk Pemilihan MPMUM dalam Pilihanraya Kampus akan datang ini seperti tahun lepas. Sistem ini baru saja pertama kali dilaksanakan di UM pada PRK yang lalu.
Pada awal sistem ini diperkenalkan di UM, bantahan banyak dilakukan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa. Mereka mendakwa sistem ini tidak telus dan boleh berlaku penyelewengan. Pro-Mahasiswa turut mendakwa kekalahan mereka pada PRK lepas disebabkan sistem ini. (
link)
Tahun lepas, Pro-Mahasiswa tidak boleh menerima kekalahan sehingga mereka menunjukkan belang mereka melakukan demonstrasi di Pejabat Naib Canselor dan 'memohon' Naib Canselor letak jawatan. (
video menarik) *
memang sifat biadap mereka dan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.*
Kali ini lain pula ceritanya. Majoriti Pro-Mahasiswa mula menerima sistem e-voting ini selepas kemenangan teman seperjuangan mereka di UniSEL yang turut menggunakan sistem ini untuk Pilihanraya Kampus.
Tetapi masih ada yang masih percaya akan berlaku ketidaktelusan daripada pihak atasan. Ini menyebabkan perpaduan di dalam Pro-Mahasiswa sendiri pecah belah kerana tidak bersependapat sesama mereka tentang sistem e-voting.
Sebahagian penyokong Pro-Mahasiswa mula beralih arah kerana sifat 'lalang' dan tidak berpegang kepada prinsip mereka.
Ke Arah Mahasiswa Rasional
Mahasiswa Lebih Bijak Menilai