24 Jan - Kebanyakan mahasiswa di Akademi Pengajian Islam berharap agar wakil MPMUM sesi hadapan untuk Akademi Pengajian Islam tidak diwakili oleh Pro-Mahasiswa mahupon GERAK.
Hal ini dimaklumkan oleh salah seorang penuntut di Akademi Pengajian Islam kepada Pro-Student melalui emel minggu lepas. Pro-Student turut menjalankan kaji selidik di kalangan beberapa pelajar API baru-baru ini.
Sebelum ini, wakil MPMUM daripada API dipegang oleh
Nur Dalilah Mokhtar dan
Mohd Syahid Zaini. Mereka sememangnya menang tanpa bertanding pada Pilihanraya Kampus lepas. Malangnya, amanah dan harapan yang diberikan oleh seluruh pelajar API hanya sia-sia sahaja.
Mereka berdua turut mendapat surat amaran daripada TNC HEP kerana tidak menjalankan tugas sebagai ahli kabinet MPMUM dan tidak menghadiri semua mesyuarat MPMUM. Semua janji manis mereka terhadap mahasiswa API tidak terlaksana.
Ramai mahasiswa sekarang tahu gerakan Pro-Mahasiswa lebih tertumpu untuk menjatuhkan Pentadbiran UM dan membawa masuk ideologi parti Pembangkang dari luar, bukan memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Gerakan mereka juga sangat agresif dan sukar untuk diterima mahasiswa.
Kali ini pelajar API kemungkinan akan mengangkat sendiri calon bebas mereka untuk Pemilihan MPMUM akan datang. Kepercayaan yang diberikan oleh seluruh pelajar API terhadap Pro-Mahasiswa semakin luntur.