Ads

Oct 15, 2009

BANTAH buat kecoh di UPM


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPPUPM) yang dipimpin oleh saudara Mohd Syamsul bin Salleh bersama-sama Gabungan Pemimpin-Pemimpin Pelajar UPM yang terdiri daripada Jemaah Presiden Kolej Kediaman, Fakulti, Kelab dan Persatuan menggesa mana-mana wakil gerakan BANTAH yang bertanggungjawab untuk tampil memberikan penjelasan dan memohon maaf secara terbuka atas tindakan biadab dan tidak beretika yang dilakukan oleh gerakan itu semasa Majlis Penutupan, Penyerahan Resolusi Mahasiswa Satu Malaysia dan Sambutan Aidilfitri MPP UPM bersama pelajar UPM pada 10 Oktober 2009 yang lalu.

Tindakan gerakan BANTAH itu bolehlah disifatkan sebagai bukan sahaja tidak menghormati majlis, yang direncana dan diusahakan oleh pelajar tetapi juga tidak menghormati dan bersikap kurang ajar pihak penganjur dan tetamu kehormat majlis. Tambahan pula, majlis ini merupakan program kebangsaan dan melibatkan semua IPTA dan beberapa IPTS setelah 3 bulan ia diusahakan oleh pelajar-pelajar UPM khususnya dan pelajar-pelajar MPPK amnya.

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi yang disertai 18 kesatuan mahasiswa seluruh kampus hari ini menghantar memorandum secara langsung kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Khaled Bin Nordin di Universiti Putra Malaysia, sejurus program sambutan Aidilfitri Bersama Pimpinan MPPK pada jam 11 pagi di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Delegasi diketuai oleh pengerusi gabungan BANTAH, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh. Turut serta, timbalan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Ithnin, pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional), Shafie Hashim dan seorang exco MPMUM, Mohd Fadzil Bin Jamal.

Di dalam pertemuan tersebut, BANTAH mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem perlaksanaan E-Undi dalam Pilihan Raya Kampus akan datang atas alasan tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti dalam melaksanakannya. Antara tuntutan lain juga adalah mendesak KPT supaya memansuhkan AUKU yang dikatakan 'mengikat' mahasiswa.



Mohd Syamsul Salleh (Pemimpin MPPUPM) ketika diminta mengulas tentang gerakan BANTAH ini, beliau tidak mahu mengulas panjang dan menyerahkan segala penilaian dan pertimbangan dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar tentang apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tindakan dan gerakan mereka ini bukanlah mewakili suara pelajar kerana jika benar mereka mewakili suara pelajar atau suara mahasiswa mana mungkin mereka sanggup berkelakuan keanak-anakan dengan tidak menghormati penat lelah pelajar lain yang bertungkus lumus mengatur program ini hanya kerana mahu menghantar memorandum yang dilihat hanya mewakili suara dan kepentingan peribadi mereka sendiri."

"Kami di peringkat MPP UPM hatta di peringkat MPPK sendiripun tidak pernah menggangu dan mengambil kesempatan atas apa yang diusahakan oleh mereka sebelum ini untuk kepentingan peribadi kami jadi mengapa mereka tergamak untuk tidak menghormati kami! Sesungguhnya niat tidak pernah menghalalkan cara" tegasnya lagi.

Pro-Student tertanya-tanya,sedangkan di Universiti Malaya sendiri banyak isu-isu tidak terjaga,mahu 'semangat' pergi ke UPM semata-mata untuk menyerahkan memorandum kepada menteri semata-mata nak mansuhkan AUKU dan e-voting. Lagi-lagi peperiksaan akhir semakin hampir. Mungkin banyak mahasiswa yang tidak mahu belajar lagi dan ingin melibatkan diri dengan politik. Mungkin bagi beberapa mahasiswa di negara ini tidak mahu menerima ilmu lagi melainkan ilmu politik. Mereka melahirkan 'umat akhir zaman' yang menolak ilmu dan lebih mementingkan perkara yang tidak mendatangkan faedah.dan oleh kerana menolak ilmu,mereka menjadi orang yang kurang diajar dan biadap.

Mari bersama-sama PRO-STUDENT focus pada exam. Mari berusaha 'TIDAK MAHU EXTEND SEM' dan belajar supaya ibu bapa kita di rumah mahupon yang telah meninggal dunia BANGGA dengan kita sebagai anak universiti yang berjaya!!
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl