Ads

Oct 9, 2009

Jangan PERASAN wahai mahasiswa!

Universiti Malaya pada tahun ini telah mendapat tempat ke-180 di dalam World Top Universities dan berjaya mendapat tempat di dalam Top 200 Universities. Universiti Malaya berjaya 'menewaskan' Universiti di Malaysia yang lain seperti UTM,USM,UKM dan UPM.

Bagaimana ranking di Universiti Malaya melonjak sehingga 50 anak tangga di dalam World Top Universities?

Kami Pro-Student telah menghantar email kepada NC dan cuba bertanya tentang perkara ini.Dari aspek mana mereka mengambil kira untuk meningkatkan prestasi UM.

Aspek yang utama ialah kaji selidik(research) yang dilakukan di Universiti Malaya oleh pelajar post-graduates. Universiti Malaya adalah universiti terbaik dan terbanyak melakukan kaji selidik berbanding dengan universiti di Malaysia yang lain. Universiti Malaya juga mempunyai pelbagai teknologi untuk memudahkan lagi penyelidikan dan penambahpulihan.

Selain itu,Universiti Malaya juga menghasilkan graduan yang berkualiti dan berinovatif. Jumlah graduan meningkat dari tahun ke tahun setanding dengan kualifikasi yang tinggi berbanding universiti di Malaysia yang lain.

Pengambilan pelajar luar negara juga turut menyumbang kepada penambahbaikan di Universiti Malaya. Universiti Malaya mempunyai lebih 500 pelajar under-graduate dan lebih 1000 pelajar post-graduate dari luar negara. Universiti Malaya meningkatkan pengambil pelajar dari luar negara dari tahun ke tahun. Universiti Malaya juga ingin menambah offshore offices di beberapa negara seperti Jakarta dan Sudan. Universiti Malaya baru sahaja mempunyai 2 offshore office di China dan Tehran.

Staf di Universiti Malaya juga berperanan untuk mendidik mahasiswa di UM supaya UM menghasilkan graduan yang berkualiti. Mahasiswa sendiri perlu mengambil peranan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menyumbang jasa baik kepada Universiti Malaya,menjadi graduan yang berkualiti.

Jika ditanya kepada NC berkenaan MPMUM dan persatuan-persatuan di UM ini,beliau berkata,

"Itu adalah satu badan/organisasi yang menjaga hal ehwal dan kebajikan pelajar. Pelajar Ijazah Dasar perlu mengambil pencapaian Universiti Malaya ini sebagai motivasi untuk terus menaikkan nama Universiti Malaya"

Presiden PMIUM Sdr Shazni munir Mohd Ithnin turut sama memberi respon di dalam laman web mereka pmium.org.
sempat tersenyum seketika sebelum memberikan ulasannya:
“kita di peringkat PMIUM telah lama memikirkan dan berusaha untuk meningkatkan ranking universiti dan dalam masa yang sama kita PMIUM akan terus komited terhadap gerak kerja dakwah yang menyeluruh di UM ini sama ada di puji atau dikeji dan akan terus melahirkan pemimpin yang hebat sepertimana yang anda lihat dalam kabinet MPMUM dan negara hari ini sendiri”.

Apakah sumbangan mereka kepada Universiti Malaya sendiri sampai menaikkan ranking UM sehingga mendapat tempat di Top200 Universities? MPMUM sendiri terdiri daripada mahasiswa yang tak grad lagi. Sedangkan pencapaian Universiti Malaya hanya berdasarkan pencapaian pelajar post-graduate. Dakwah bukan diambil kira didalam penilaian ranking. Kebajikan mahasiswa pon terkontang kanting lagi,tak terjaga pon.

Sebagai pelajar Ijazah Dasar,kita perlu mengambil motivasi dan BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk menjadi graduan yang berkualiti. Bukan SYOK SENDIRI sendiri dengan pencapaian UM ini. Jadi mari belajar untuk grad cepat,bukan extend je keje.Lagi memalukan Universiti Malaya ada la. Takda sapa halang untuk kita berbangga dengan pencapaian ini tetapi jangan PERASAN dengan diri sendiri,kononnya kita under-grad yang blom grad lagi yang menaikkan ranking UM.

UM is ONE!!!
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl