Ads

Feb 12, 2011

Bakal calon tarik diri, Pro-M gelisah


12 Feb - "Kursus Penerangan Perlembagaan" dan Sesi Bersama Pengerusi, Lembaga Pengarah Unviersiti (LPU) dan Naib Canselor, Universiti Malaya yang bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 5 petang berjalan dengan lancar. Kursus tersebut dihadiri oleh lebih 100 mahasiswa.

Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Farid Jalpah, sebelum ini mendakwa kursus ini mendoktrin bakal-bakal calon seperti yang kononnya pernah berlaku kepada calon-calon GERAK adalah tidak benar sama sekali. Kursus ini dibuka kepada seluruh mahasiswa kampus dan tiada proses doktrin berlaku.

Beberapa bakal calon Pro-Mahasiswa dilihat telah menarik diri daripada bertanding kerana tidak menghadiri Kursus yang menjadi syarat wajib bagi setiap bakal calon. Ada juga yang tolong 'tandatangan' bagi bakal calon yang tidak hadir sebentar tadi tetapi akhirnya terbongkar muslihat mereka. Dilihat juga bakal calon Pro-Mahasiswa hanya menghadiri kursus tersebut setengah hari sahaja.

Pro-Mahasiswa dikhabarkan akan mengadakan bantahan terhadap Kursus tersebut supaya ia tidak menjadi syarat wajib kepada bakal calon. Syarat wajib tersebut telah termaktub di dalam buku peraturan bagi Pemilihan MPMUM :

1) Bahagian V Kelayakan Calon 13(1)(f) : Hadir dengan jayanya suatu kursus yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP menurut subperaturan 15(3)

2) Penamaan Calon 15(3) : Mana-mana pelajar berdaftar yang berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan MPP adalah dikehendaki untuk menghadiri suatu kursus sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP.

Pro-Mahasiswa sekarang kekurangan calon terutamanya bagi Fakulti-fakulti. Pro-Mahasiswa menghantar majoriti pelajar Akademi Pengajian Islam ke kursus tersebut untuk mengaburi mata mahasiswa.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl