15 Feb - Penyokong Pro-Mahasiswa yang makin berkurangan
bertambah teruk apabila Pro-Mahasiswa tidak lagi mendapat sokongan daripada mahasiswa India. Ini jelas terbukti kerana Pro-Mahasiswa tidak berjaya mendapatkan calon daripada kaum tersebut untuk Pemilihan MPMUM akan datang.
Perkara ini juga diakui oleh majoriti mahasiswa India Universiti Malaya. Pro-Mahasiswa dikatakan mengabaikan teras PERPADUAN yang diperjuangkan mereka sendiri dan tidak berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada kaum India. Sedangkan mahasiswa UM terdiri daripada pelbagai kaum.
Ada juga yang menyatakan ini adalah sebab daripada bocornya surat daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seluruh IPT, termasuk PMIUM. *
Majoriti pimpinan Pro-Mahasiswa adalah daripada PMIUM*
Ini menimbulkan kesedaran seluruh mahasiswa dimana Pro-Mahasiswa memang benar terlibat dengan Parti Politik Luar.
Majoriti mahasiswa UM masa kini tidak lagi bersetuju jika gerakan-gerakan mahasiswa terlibat dengan Parti Politik Luar kerana ia menjejaskan gerakan mahasiswa itu sendiri dan memburukkan nama Universiti. Kebajikan mahasiswa perlu lebih diutamakan!(
video)