11 Feb - Kursus untuk Persediaan bakal calon yang dirancang berlansung hari ini telah
dibatalkan oleh Naib Canselor UM, Datuk Prof. Dr. Ghauth Jasmon, dan akan digantikan dengan "
Kursus Penerangan Perlembagaan" dan Sesi Bersama Pengerusi, Lembaga Pengarah Unviersiti (LPU) dan Naib Canselor, Universiti Malaya pada hari Sabtu (12 Feb).
Kursus tersebut akan diadakan di Auditorium KPS dan seluruh mahasiswa UM dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut, tidak terhad kepada bakal calon sahaja. Namun taklimat tersebut masih lagi menjadi syarat wajib untuk bakal calon yang akan bertanding bagi Pemilihan MPMUM 10/11 akan datang. (
sumber)
Persoalannya di sini, keputusan Naib Canselor seperti dipengaruhi oleh pihak tertentu yang menuntut untuk memansuhkan kursus yang hanya akan diadakan KHAS untuk bakal calon sahaja.
Di manakah pendirian seorang yang bergelar Naib Canselor apabila keputusan beliau seperti LALANG di mana Kursus Persediaan Calon tersebut dicadangkan dan telah diluluskan oleh beliau sendiri. Tetapi dibatalkan pada
saat akhir tanpa sebarang perbincangan dengan wakil tertinggi mahasiswa.
Pihak Pro-Mahasiswa juga tidak berpuas hati dengan keputusan NC tersebut dan mereka terus mendesak supaya tiada taklimat atau kursus diadakan untuk bakal calon. Pro-Mahasiswa masih lagi
takut,angkuh dan bodoh sombong untuk menghantar bakal calon ke taklimat tersebut. (
link)
Namun begitu, pihak GERAK dilihat bersetuju dengan taklimat/bengkel yang akan diadakan selagi ia mencurah ilmu kepada mahasiswa untuk masa depan mahasiswa, Universiti dan negara. (
sumber)
*
Ini hanya sekadar penilaian Pro-Student terhadap Naib Canselor dan fahaman Pro-Mahasiswa dan GERAK. Terpulang kepada mahasiswa untuk menilai sendiri.*
KE ARAH MAHASISWA RASIONAL.
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.