Ads

Feb 15, 2011

Pro-Mahasiswa hilang calon cina pula


16 Feb - Sebelum ini Pro-Mahasiswa sudah kehilangan sokongan daripada kaum India, kini mereka telah kekurangan calon bagi kaum cina pula. (lihat sini)

Bakal calon Pusat Sukan Pro-Mahasiswa, Lim Chin Hau telah menarik diri daripada bertanding untuk Pemilihan MPMUM sesi 10/11 akan datang. Perkara ini diakui oleh beliau sendiri kerana beliau sedar sokongan mahasiswa cina terhadap Pro-Mahasiswa semakin berkurang.

Beliau juga sedar Pro-Mahasiswa hanya menggunakan mahasiswa berbangsa cina untuk meraih undi cina semata-mata, tetapi Pro-Mahasiswa sendiri tidak akan berkerjasama dengan kaum cina.

Kerana kehilangan bakal calon tersebut, Pro-Mahasiswa mula menuduh Saudara Asri Zulkifli dan Khairul Anuar Abu Kasim adalah dalang kepada perkara itu. Pro-Mahasiswa menuduh Pengerusi Penggerak Mahasiswa dan Mantan YDP MPMUM mengugut bakal calon tersebut supaya tidak bertanding bagi kerusi Pusat Sukan.

Tuduhan melulu tersebut adalah untuk mengaburi mata mahasiswa bahawa mereka memang sudah kehilangan sokongan daripada Kaum Cina dan India sendiri. Dikhabarkan juga bakal calon cina Pro-Mahasiswa yang lain akan menarik diri daripada bertanding.

Pro-Mahasiswa dijangka akan melakukan taktik kotor untuk meraih undi simpati mahasiswa sekali lagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Mahasiswa diharap bersedia dengan kejutan daripada mereka. (link)

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl