9 Feb - Pro-Mahasiswa kini menghadapi krisis dalaman di antara aktivis senior dan aktivis junior akibat daripada salah faham dan berbeza ideologi. Perkara ini dimaklumkan oleh beberapa pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua.
Majoriti aktivis muda Pro-Mahasiswa tidak bersetuju dengan beberapa ideologi yang dibawa oleh aktivis-aktivis senior. Mereka juga mendakwa Pro-Mahasiswa terlalu bersifat membangkang dan terikut-ikut dengan fahaman parti politik luar PAS dan PKR.
Ada juga mahasiswa tidak bersetuju dengan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Farid Jalpah, kerana kebanyakan keputusan dan kenyataan beliau memburukkan Pro-Mahasiswa itu sendiri. Majoriti mereka lebih bersetuju jika Saudara Izzuddin Hilmi memegang tampuk pemerintahan Pro-Mahasiswa.
Siswi muda terutamanya pelajar Tahun Satu sering kali dipaksa dan dikerah untuk 'berjuang' kerana Pro-Mahasiswa percaya siswi adalah kekuatan bagi mereka. Majoriti siswi Pro-Mahasiswa tidak ingin perkara seperti tahun lepas berlaku lagi kerana ia memburukkan siswi dan nama Universiti Malaya. (
insiden tahun lepas)
Kini hanya tinggal aktivis-aktivis senior yang masih setia dengan gerakan Pro-Mahasiswa. Krisis ini berlarutan sehingga kini dan masih tiada solusi untuk memperbaiki ikatan silaturrahim antara mereka. Krisis ini menyebabkan pergerakan Pro-Mahasiswa menjadi perlahan dan pasif, tidak seperti tahun-tahun lepas.
KE ARAH MAHASISWA RASIONAL.
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.