Ads

Feb 14, 2011

Calon BEBAS APIUM mula diancam


14 Feb - Mahasiswa Akademi Pengajian Islam akan mula mengangkat calon bebas mereka bagi Pemilihan MPMUM sesi 10/11 akan datang. Belum lagi proses penamaan berlansung, sudah ada ancaman dan sabotaj telah dikeluarkan oleh pihak tertentu kepada bakal calon tersebut.

Manifesto bakal calon bebas telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan disebarkan kepada seluruh mahasiswa API. (link) :

1) Memperjuangkan HAK dan KEBAJIKAN mahasiswa.

2) Melakukan HUBUNGAN BAIK antara PIHAK PENTADBIRAN dan MAHASISWA APIUM.

3) Menyuarakan agar PENSYARAH yang menjadi TENAGA PENGAJAR hanyalah pensyarah yang berkualiti.

4) Menyarankan agar SESI PEMBELAJARAN di APIUM NP dipendekkan kepada 1 TAHUN SAHAJA bagi mempercepatkan tempoh pengajian.

5) Mencadangkan agar PERPUSTAKAAN APIUM dibuka semula di BLOK C.


Jentera calon BEBAS menafikan manifesto ini adalah milik calon BEBAS mereka. Calon bebas belum lagi mengeluarkan apa-apa manifesto mereka. Mahasiswa API percaya ini adalah perbuatan pihak yang bimbang kehilangan kerusi di Akademi Pengajian Islam. Ada juga jentera BEBAS dan calon mereka diugut dan diancam supaya menarik diri dalam Pemilihan MPMUM 10/11.

Calon bebas dikatakan akan mendapat sokongan majoriti mahasiswa Akademi Pengajian Islam, dalam kata lain, mereka tidak lagi menyokong pimpinan Pro-Mahasiswa di Akademi itu. (link)

Perbuatan sabotaj ini telah membuka mata mahasiswa seluruh kampus terutamanya mahasiswa API bahawa ada unsur-unsur jahat di dalam pimpinan Pro-Mahasiswa.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl