Ads

Feb 7, 2011

GERAK terdesak cari dana


7 Feb - Penggerak Mahasiswa telah membuka booth untuk jualan baju GERAK di hadapan kolej kediaman ke-4 semalam. Mereka mula mencari dana awal untuk persediaan Pilihanraya Kampus yang akan berlansung tidak lama lagi.

Jualan baju GERAK tersebut mendapat sambutan ramai di kalangan mahasiswa seluruh kampus. Hasil jualan tersebut dikatakan akan digunakan untuk menghadapi PRK dan membantu calon-calon mereka nanti.

Kelihatan juga aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa turut menyokong dan membeli baju dalam jualan tersebut.

Pro-Mahasiswa di dalam blog mereka menyatakan ingin bersama-sama membuka booth jualan baju di tempat berhampiran dengan GERAK tetapi mereka sekali lagi berjaya menipu mahasiswa dan menimbulkan kekecewaan kerana booth mereka tidak kelihatan. (link)


GERAK sudah mula mencari dana tetapi Pro-Mahasiswa tidak mengadakan apa-apa program untuk mendapatkan dana secara terbuka. Mungkin mereka berjaya mendapatkan tajaan dengan cara lain.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL!
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI!

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl