Ads

Feb 9, 2011

Pro-Mahasiswa takut hantar calon


10 Feb - Bagi mahasiswa yang ingin bertanding untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 10/11 diwajibkan untuk menghadiri satu kursus bagi persediaan calon anjuran pihak Universiti.

Pro-Mahasiswa membantah sekeras-kerasnya kursus yang akan diadakan pada 11 Februari ini kerana mereka takut kursus ini mendedahkan calon-calon Pro-Mahasiswa kepada ideologi GERAK melalui HEP. *lagi kenyataan kelakar daripada Pro-Mahasiswa*

Pro-Mahasiswa juga mendakwa kursus ini memperlekehkan kepimpinan dan kredibiliti mahasiswa untuk diangkat sebagai seorang pemimpin. Dengan erti kata yang lain, mahasiswa kelihatan seperti tidak tahu memimpin sehingga HEPA perlu bengkelkan bagi memberikan kemahiran kepimpinan pada mahasiswa. (sumber)

Ini menampakkan Pro-Mahasiswa sangat angkuh dan bodoh sombong. Kursus tersebut belum pernah lagi dilaksanakan tetapi Pro-Mahasiswa telah membuat konklusi dan spekulasi awal tentang kursus tersebut. (link) . Ini juga membuktikan kenapa ramai penyokong Pro-Mahasiswa beralih arah.

Kursus tersebut diadakan untuk persediaan calon menghadapi Pemilihan MPMUM akan datang dari segi etika berkempen,peraturan-peraturan Universiti, dan juga penjelasan mengenai tanggungjawab dan amanah apabila memikul jawatan di dalam kabinet MPMUM nanti. Ilmu yang ingin disampaikan untuk kebaikan mahasiswa ditolak oleh Pro-Mahasiswa. ANGKUH SUNGGUH!

Pro-Mahasiswa memberikan pelbagai alasan untuk membantah kursus yang akan diadakan ini. Mereka juga mendakwa MPMUM GERAK mempunyai kualiti yang teruk sehingga pihak Universiti terpaksa mengadakan bengkel persediaan calon. Tidakkah Pro-Mahasiswa sedar bahawa KESEMUA MPMUM PRO-Mahasiswa menerima surat amaran daripada TNC HEP kerana tidak menjalankan tanggungjawa dan amanah yang diberikan? *Salinan surat asal akan dikeluarkan Pro-Student tidak lama lagi*

Mahasiswa semakin muak dengan permainan dan tipu daya Pro-Mahasiswa.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.!

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl