Ads

Feb 13, 2011

Bebas di APIUM


14 Feb - Seperti yang dikhabarkan, mahasiswa Pengajian Islam akan mengangkat calon bebas bagi mewakili Akademi Pengajian Islam (API) dalam Pemilihan MPMUM 10/11 akan datang tidak lama lagi. (link)

Calon bebas dikatakan akan mendapat sokongan majoriti mahasiswa Akademi Pengajian Islam, dalam kata lain, mereka tidak lagi menyokong pimpinan Pro-Mahasiswa di Akademi itu.

Pro-Mahasiswa cuba mempengaruhi/mendoktrin bakal calon tersebut tetapi tidak berjaya kerana ramai sudah muak dengan Pro-Mahasiswa.

Nur Dalilah Mokhtar dan Mohd Syahid Zaini,ahli kabinet MPMUM daripada API telah diberikan kepercayaan daripada mahasiswa Pengajian Islam tetapi tidak menjalankan tugas,amanah dan tanggungjawab yang diberikan sehingga mendapat surat amaran daripada TNC HEP. *salinan surat asal akan dikeluarkan Pro-Student dalam masa terdekat*

Tidak dipinggirkan juga ahli kabinet MPMUM Pro-Mahasiswa daripada Akademi Pengajian Islam :
1) Siti Zuraini Mohd Jenan
2) Siti Nadzirah Majeed
3) Mohd HafizIlyas
4) Mohd Fadzil Jamal


Mereka semua adalah calon UMUM bagi Pemilihan MPMUM sesi lepas, turut mendapat surat amaran daripada TNC HEP kerana tidak pernah menghadiri mesyuarat MPMUM. Kepercayaan terhadap pimpinan Pro-Mahasiswa semakin rapuh kerana mereka hanya hebat menabur janji manis sahaja.

Pro-Mahasiswa kini bimbang akan kehilangan kerusi di Akademi Pengajian Islam yang sudah lama dipertahankan. Mahasiswa API sudah sedar daripada tipu muslihat dan kini BANGKIT dengan calon bebas mereka.

*Kami mahasiswa API sudah sedar. Anda bila lagi?*

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl