Ads

Feb 10, 2011

Pro-M putar belit, tipu mahasiswa


11 Feb - Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan di dalam blog dan mendakwa Kursus Persediaan Calon di batalkan atas sebab pihak GERAK tidak cukup calon untuk Pilihanraya Kampus akan datang ini. (Gerak Tak Cukup Calon,Bengkel Calon Batal ???)

Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan daripada sumber yang tidak pasti, bukan daripada pihak Universiti ataupun pihak GERAK.

Pro-Mahasiswa sendiri yang menuntut Bengkel tersebut dibatalkan melalui PMIUM atas sebab :

1) Mengadakan bengkel selepas Pilihanraya dijalankan khas untuk MPMUM.
2) Pembaziran wang Universiti
3) HEP memperlekehkan kepimpinan dan kredibiliti mahasiswa untuk diangkat sebagai seorang pemimpin. *kenyataan bodoh sombong Pro-M*
4) Bengkel ini juga akan menghalang pemimpin mahasiswa yang mempunyai program dan urusan penting hujung minggu ini

(sumber)

Mereka sendiri mengeluarkan kenyataan di mana Naib Canselor UM 'tunduk' pada desakan Pro-Mahasiswa yang membawa kepada pembatalan bengkel tersebut. (UM 'tunduk' desakan pro-M)

Lihat cara mereka menipu mahasiswa. Pro-Mahasiswa memanipulasi berita sahih mereka sendiri dan berita rasmi Universiti. Pro-Mahasiswa semakin terdesak meraih kembali sokongan terhadap mereka yang kian menghilang. Pro-Mahasiswa juga terkenal dengan propaganda jahat mereka demi memenangi pilihanraya Kampus.

Mahasiswa dinasihat untuk menilai sesuatu isu daripada pelbagai sumber. Tidak hanya mendengar satu pihak sahaja. Jangan kita ditipu lagi oleh Pro-Mahasiswa yang gemar memanipulasi isu.

KE ARAH MAHASISWA RASIONAL
MAHASISWA LEBIH BIJAK MENILAI.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl