Di hati Pro-Student teringin untuk mengenang kisah-kisah lama supaya kita mahasiswa dapat mengambil iktibar,pengajaran dan moral untuk PRK yang akan berlansung minggu hadapan. Jadi mari kita nilai salah satu isu hangat pada PRK 08/09 yang lalu.
Pada PRK yang lepas,timbulnya satu isu dimana 'puteri kontroversi',Saudari Ayuni,Setiausaha Agung MPMUM 'dirasuah' oleh TNC HEP supaya bertanding dalam Pilihanraya Kampus 08/09. TNC HEP dikatakan merasuah RM 100 kepada Ayuni untuk bertanding menyebelahi Penggerak Mahasiswa.
Saudari Ayuni mendakwa TNC HEP ingin menghulurkan RM 100 itu beserta surat bertajuk 'TAWARAN MENJADI CALON BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008/2009'.
Surat yang disebarkan kepada media mendapat perhatian ramai lalu TNC HEP mendakwa surat itu tidak dikeluarkan daripada pihak HEP. Saudari Ayuni juga dikatakan telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini.
Ini adalah FITNAH-FITNAH daripada Pro-Mahasiswa mengenai isu ini:
FITNAH PERTAMA : TNC MEMBERI RASUAH
Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Saudari Ayuni Zulkiply terdapat banyak kesalahan fakta yang menunjukkan beliau membuat laporan polis seolah-olah didesak oleh sesuatu pihak. (Sila rujuk lampiran):
1) Ayuni menyatakan bahawa pada 13 Jan 2008,beliau ada menerima SMS daripada seorang pelajar menyatakan terdapat surat di pejabat KK4.
Kesalahan : Tahun 2008 adalah satu tahun sebelum penamaan calon. Ini bermakna kejadian tersebut berlaku pada tarikh di mana MPP dibawah pimpinan Sdr. Afandy Tanjung dan tiada penamaan calon pada hari berikutnya.
2) Setibanya di kolej pada jam 4.12 petang, beliau bertanya kepada kerani pejabat dan mendapati satu sampul surat atas nama beliau.(Laporan Polis)
Kesalahan : Sekiranya peristiwa ini berlaku pada jam 4.12 petang, 13 Jan 2009,seramai 6 orang staf pejabat (Kak Ewa,Kak Mazura,Kak Sabirah,Kak Bedah,Kak Yan dan Kak Wan) tiada di kolej kerana menghadiri kelas Bahasa Inggeris dari pukul 2 perang hingga 4.30 petang yang ada hanyalah Saudara Sidi,Saudara Mat, dan Saudara Faisal yang sibuk mengecat dan mereka menyatakan tidak bertemu dengan Saudari Ayuni lansung dalam tempoh waktu yang dinyatakan.
3) Surat yang beliau terima bertajuk "Tawaran Menjadi Calon Bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2008/2009" beserta wang berjumlah RM 100.
Kekeliruan : Secara logiknya,seorang yang berpangkat DATUK,berkerjaya dan berkeluarga sanggup menggadaikan semua ini sekiranya didapati bersalah semata-mata untuk 'membeli' calon yang tiada kepentingan lansung pada dirinya,lebih-lebih lagi HANYA melibatkan pemilihan MPP dalam kampus sahaja apatah lagi hanya membeli dengan wang sebegitu rendah nilainya,RM 100. (RM 100 je?)
FITNAH KEDUA : Surat tawaran tersebut JELAS menunjukkan surat yang dikeluarkan bukan daripada TNC. (Lihat lampiran di bawah)
1) Letterhead : Penggunaan logo lama UM,sedangkan logo baru telah digunakan sejak pimpinan Datuk Rafiah Salim sebagai NC beberapa tahun yang lalu lagi. Tulisan Jawi 'Universiti Malaya' tidak ada pada surat berkenaan.
2) Pada sebelah kanan kepala surat,di bahagian bawah sepatutnya tertulis latarbelakang pengajian,pangkat,dan darjah kebesaran yang diterima Datuk.
3) Nombor rujukan berbeza daripada keluaran TNC.
4) Tandatangan Datuk seolah-olah direka dan dicipta khas kerana tandatangannya dilihat terlalu 'berhati-hati' dan tidak 'yakin'.
5) Di bawah tandatangan sepatutnya tertera pangkat DATUK.
***Bandingkan surat yang diterima Ayuni dengan Surat keluaran TNC HEP(Original).
Surat Diterima Ayuni.
Surat Keluaran TNC HEP.
TNC HEP telah pon membuat laporan polis berkenaan perkara ini tetapi TNC HEP masih lagi berhati perut kerana beliau tidak mengemukakan saman kepada Saudari Ayuni kerana Ayuni masih lagi dalam pengajian. Sedangkan di dalam Undang-undang,beliau ada hak untuk mengemukakan saman ke atasnya.
Laporan Polis TNC HEP.
** Tidak mustahil Pro-Mahasiswa mengeluarkan surat FITNAH lagi,contohnya berkenaan RM 5000 untuk kolej kediaman dan dengan berhati-hati setelah 'kantoi' tahun lepas. Dan secara logiknya,TNC HEP tidaklah bodoh sangat mengeluarkan hitam putih untuk pengagihan RM 5000 kepada kolej-kolej,jika benar.Wallahualam~