Ads

Jan 1, 2010

Forum BANTAH berjalan lancar


Lebih 250 mahasiswa membanjiri forum ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ di Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya (APIUM) dekat sini semalam.

Mahasiswa yang hadir disamping dari universiti berkenaan, turut juga menerima hadirin dari pelbagai kampus luar. Selain mahasiswa UM dan UIA, forum malam tadi turut hadir pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Beberapa front mahasiswa juga turut hadir termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM).

Panelis yang hadir ialah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Chang Lih Kang merangkap ADUN Teja, Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hasyim dan Presiden SMM merangkap Timbalan Presiden GAMIS, Mohd Shazni Munir Ithnin.

Panelis utama iaitu professor dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Aziz Bari menarik dari untuk menjadi panelis 10 jam sebelum program bermula.

Profesor berkenaan didakwa “mendapat surat amaran” dari UIAM.

Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula.

Forum tersebut dikatakan 'panas' apabila persoalan yang ditujukan beberapa mahasiswa tidak mendatangkan kepuasan apabila panel-panel memutarbelitkan fakta terhadap ketelusan sistem ini. Tetapi forum ini berjalan dengan aman,tiada kekecohan berlaku.

BANTAH juga turut menggantungkan kain rentang di dewan kuliah tersebut untuk mengumpul tandatangan pelajar yang membantah pelaksanaan sistem tersebut.

*******
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl