Ads

Jan 27, 2010

Gauth Jasmon kecewa


**Ini adalah email yang dihantar oleh Datuk Gauth Jasmon ke Saudara Mohd Aizat Saleh,Pengerusi BANTAH.

Subject: Re: Berjumpa dengan konsultan
From: Ghauth Jasmon
Date: Sun,24 Jan 2010 14:23:03 +0800
To: mohd aizat
CC: UM - Azarae , Ibn Mohammad , MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA ,UM - Jamaluddin Yakob , -timc-

Assalamualaikum,

Saudara Aizat,

Melalui e-mel ini saya ingin memberitahu saudara perasaan amat kecewa saya terhadap tindak-tanduk saudara sebagai seorang pemimpin pelajar di UM.

Pertamanya, saudara sebelum ini telah hadir dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap yang mana dalam sidang akhbar itu, nama baik saya telah tercemar dengan tuduhan kronisma yang tidak berasas.

Keduanya, saudara sendiri telah hadir dalam mesyuarat pada malam Jumaat lepas yang saudara minta untuk diadakan untuk membincangkan tentang e-Voting. Dalam perbincangan itu,kita telah mencapai beberapa persetujuan antaranya kita akan benarkan Pakar IT bebas (Cyber Securities) untuk mengkaji dan memantau sistem IT e-voting. Dalam pertemuan itu,pihak MAFREL sendiri telah hadir dan memberikan pendapat. Bukan itu sahaja,kita setuju saya akan adakan perbincangan dengan pihak HEP untuk melihat isu-isu pelajar dan isu-isu berkaitan perjalanan pilihanraya akan datang.

Namun, saya amat kecewa saudara sendiri sebagai pemimpin pelajar yang terlibat dengan pemantauan e-voting di UM telah terlibat dalam satu demonstrasi di Bandaraya KL pada Sabtu tengahari. Kehadiran saudara dalam demonstrasi itu telah menjatuhkan nama baik pengurusan UM dan nama baik saya sebagai Naib Canselor, seolah-olah pengurusan UM tidak mendengar rungutan pelajar dan mengambil langkah-langkah dalam hal berkaitan.

Malahan, saudara sendiri telah ditahan oleh pihak polis dan sekarang dalam penyiasatan pihak polis mengikut Akta Polis 27(5) dan Penal Code Seksyen 186.

Tindak tanduk saudara itu menunjukkan tahap profesionalisma yang rendah dan saya tidak lagi ada kepercayaan untuk berurusan dengan saudara.

Dengan e-mel ini saya ingin memberitahu saudara secara rasmi yang saya tidak mahu lagi berurusan dengan saudara. Saya akan minta Presiden Perwakilan Pelajar,saudara Ridzuan atau pelajar lain yang sesuai yang Presiden MPMUM pilih sendiri untuk berurusan dengan saya dalam hal pemantauan sistem e-voting dan pilihanraya akan datang.

(GHAUTH JASMON)
Naib Canselor,
Universiti Malaya.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl