Flyers ini telah tersebar di setiap sudut Universiti Malaya terutamanya di Akademi Pengajian Islam UM. FLyers tersebut diisi dengan muka-muka aktivis,bekas calon,dan calon sekarang yang menuntut di Akademi Pengajian Islam UM.
Flyer berunsur 'kejahatan' ini cuba menyerang peribadi beberapa mahasiswa API yang menyebelahi PENGGERAK MAHASISWA lalu memberi serangan psikologi kepada mahasiswa API yang lain supaya tidak menyebelahi PENGGERAK MAHASISWA. (dimana demokrasi sekali lagi?)
Di dalam flyers tersebut :
1)
Firdaus Arham-Graduan Sains Gunaan dan PENGAJIAN ISLAM.(GENETIK DAN MOLEKULAR BIOLOGI) AKADEMI PENGAJIAN ISLAM 07/08.
-Bertanding atas TIKET PENGGERAK MAHASISWA-Calon Umum 07/08.
* Beliau dulu dipulau,diugut bunuh, dan cubaan menganiaya berlaku di API.
2)
Rizal Azizan-Pelajar Tahun 2,SIASAH SYARIYYAH,AKADEMI PENGAJIAN ISLAM.
-bertanding atas TIKET PENGGERAK MAHASISWA-Calon Umum 08/09
-EX-YDP Nilam Puri
* Beliau dulu dipulau,diugut,serta diancam semasa berada di API. Beliau pernah menyatakan menerima mesej ugutan sebanyak 200mesej sehari. Beliau juga pernah dikatakan 'MURTAD' kerana menyebelahi PENGGERAK. Beliau merasa tertekan sehingga tidak dapat menghadiri ke kuliah selama sebulan selepas pilihanraya,dan Alhamdulillah,Allah membantunya dan mendapat keputusan yang cemerlang.
3)
Asri Abdul Jani-Pelajar Tahun 2,SYARIAH UNDANG-UNDANG AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
-Wakil calon Rizal Azizan.
-EX-MPP Nilam Puri
*Beliau juga menerima tekanan di API sama dengan Rizal Azizan.
4)
Asri Zulkifli-Pelajar Tahun 2, Sains Gunaan dan PENGAJIAN ISLAM (EKOLOGI DAN BIODIVERSITI) AKADEMI PENGAJIAN ISLAM.
-Pendokong kuat JENTERA PENGGERAK MAHASISWA.
*Beliau juga memaklumkan mendapat mesej ugutan daripada sahabat beliau sendiri,sahabat beliau sanggup bermasam muka dan tidak bertegur sapa seperti beliau ini musuh ISLAM. Sedangkan ini hanya pilihanraya kampus.
5)
Khairul Anuar (U19)*Beliau bertanding pada PRK kali ini sebagai Calon UMUM. Beliau juga sekarang ini banyak menerima mesej ugutan daripada beberapa pihak dipercayai mahasiswa AKADEMI PENGAJIAN ISLAM itu sendiri. Banner beliau paling banyak dicabut oleh 'tangan ghaib' berbanding calon lain sehingga namanya tidak nampak lagi di dalam UM ini.
* Tidakkah anda berfikir secara mendalam mengapa mereka sanggup bertanding untuk PENGGERAK MAHASISWA? Sedangkan mereka ini juga dikalangan orang yang banyak mengaji ilmu agama. Tetapi mereka diperlakukan sebegitu teruk oleh mahasiswa di AKADEMI PENGAJIAN ISLAM itu sendiri. Allah telah memberi hidayah kepada mereka ini untuk bertanding,berjuang untuk mengubah korupsi yang telah lama berlaku di AKADEMI PENGAJIAN ISLAM itu sendiri. Tidakkah anda takut balasan Allah kerana menganiaya sahabat ISLAM kamu sendiri?
Sanggup mereka mengeluarkan flyers sebegini untuk menjatuhkan sahabat ISLAM mereka sendiri. Hanya kerana mereka menuntut di API dan menyebelahi PENGGERAK? Adakah di API sendiri mengharamkan mereka untuk bertanding di belah mana-mana pihak selain PRO-MAHASISWA? Di mana KEADILAN ISLAM? Di MANA DEMOKRASI???????~~~!!!!!
FIKIRKAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM. SEBENARNYA ANDA SEMUA BERADA DI DALAM KAWANAN ORANG-ORANG YANG JAHIL BERKOPIAH DAN BERTUDUNG. Di antara kamu ada orang-orang yang menjahili umat islam itu sendiri. Wallahualam~~Allah sentiasa membuka ruang untuk hamba-Nya bertaubat.