Ads

Jan 26, 2010

Panas di Kolej Kediaman ke-3


Di hadapan kolej Kediaman ke-3 berlaku sedikit pertelingkahan dan salah faham antara jentera Penggerak KK3 dengan kumpulan pro-Mahasiswa.

Kumpulan Pro-Mahasiswa ingin membawa calon mereka ke dalam kolej ke-3 untuk menyebarkan menifesto mereka tetapi tidak dibenarkan jentera KK3. Tetapi pada masa yang sama Calon Penggerak Mahasiswa pula dibenarkan masuk ke dalam kolej tersebut.

Pertelingkahan berlaku dan provokasi dilakukan oleh Pro-Mahasiswa kepada jentera KK3. Ada yang memaki hamun dan cuba memulakan pergaduhan. Seorang pegawai HEP cuba menenangkan pihak-pihak terbabit dengan memberi penjelasan berkenaan syarat-syarat berkempen.

Calon PENGGERAK MAHASISWA dibenarkan masuk kerana borang kebenaran berkempen mereka mempunyai cop HEP dan menepati masa yang ditulis di dalam borang tersebut. Tetapi beberapa calon Pro-Mahasiswa pula tidak mendapat cop dari pihak HEP untuk kebenaran berkempen. Mereka juga tidak tepati masa seperti yang mereka sendiri tulis di atas borang kebenaran tersebut.

Pro-Mahasiswa membawa kumpulan yang sangat besar berserta rempit-rempit Pro-Mahasiswa memulakan kekecohan dan provokasi selepas mereka tidak dibenarkan masuk. Salah satu syarat berkempen juga menyatakan hanya calon,pencadang,penyokong dan wakil calon sahaja yang dibenarkan berkempen. Tetapi mereka membawa satu kumpulan yang besar untuk berkempen.

Lihatlah,mereka memang suka melanggar syarat yang telah ditetapkan dan mereka sendiri telah berpuas hati dengan syarat-syarat berkempen yang diutarakan semasa taklimat berkempen semalam.

Jadi fikirlah mahasiswa sekalian. Hak memilih pemimpin berada di tangan kamu.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl