Ads

Jan 24, 2010

Penamaan Calon MPMUM 09/10


Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi pilihanraya kampus Universiti Malaya telah dapat dijalankan sebentar tadi. Proses penamaan telah dijalankan dengan sedikit aman dan tanpa provokasi melampau dari kedua-dua belah pihak. Namun, seperti selalu pihak Pro-Mahasiswa tetap dengan sikap mereka untuk melemparkan fitnah. Antara modul untuk mereka menyampaikan fitnah adalah melalui proksi-proksi mereka.Seluruh calon dari dua kem iaitu Penggerak Mahasiswa (PENGGERAK) dan Pro Mahasiswa (Pro M) akan menyelesaikan proses penamaan calon dijangka sehingga petang ini jam 7.00 petang.

Calon terbahagi kepada dua iaitu kerusi di Fakulti dan kerusi Umum.
Kerusi Fakulti yang dipertandingkan pada PRK kali ini ialah sebanyak 41 kerusi. Manakala kerusi umum yang dipertandingan ialah 11 kerusi.
PENGGERAK dimaklumkan akan berarak bermula dari kolej kediaman ketiga sehingga ke Komplek Perdana Siswa (KPS) UM.

Manakala Pro-M dimaklumkan akan memulakan perarakan calon dan seluruh jentera bermula jam 8.oo pagi bertempat di Tasik Varsiti, berhadapan Fakulti Kejuruteraan.
Pro M menampil calon umum dan fakulti termasuk wakil calon masing-masing dalam formasi perarakan berkenaan.

Banner dan kain rentang besar menghiasi para perarak disamping sorakan “Student Power!” dan “Hidup-Hidup Mahasiswa!”.

Sorakan “Mansuh E-Voting!” kedengaran beberapa ketika.

GERAK pula berkumpul dengan pakaian serba hitam dengan sorakan “Hidup Penggerak!” dan “One Malaysia!”.
Calon termasuk penyokong dan pencadang masing-masing telah masuk ke dalam auditorium KPS bagi proses penamaan calon.

Penamaan calon yang bermula hari ini akan diikuti dengan fasa kempen selama 2 hari iaitu Selasa dan Rabu.

Proses pembuangan undi akan diadakan pada 28 Jan, Khamis.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl