Ads

Jan 20, 2010

Katakan TIDAK kepada FITNAH


Saudara Fahmi Adilah,Presiden Kolej Kediaman ke-11 dan juga speaker SPKUM menasihatkan agar mahasiswa Universiti Malaya berhati-hati dan bijak menilai terhadap semua isu yang dibangkitkan mana-mana pihak,lagi-lagi menjelang Pilihanraya Kampus (PRK) tidak lama lagi.

Beliau membalas email yang dihantar oleh Pro-Student apabila diminta pandangan tentang isu-isu fitnah yang berlaku dan mungkin akan berlaku semasa PRK.

"Saya berharap menjelang PRK nanti tidak ada isu-isu sensitif yang dibangkitkan mana-mana pihak. Mahasiswa atau mana-mana pihak diharap tidak menimbulkan isu-isu sensitif dengan sengaja dan tidak mengulangi perbuatan tidak bertanggunjawab seperti meletakkan kepala babi di Masjid API."

"Kita sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia jangan mengambil kesempatan terhadap isu-isu yang timbul serta tidak memanipulasi isu untuk dijadikan fitnah menjatuhkan mana-mana pihak"

Beliau kesal dengan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab menabur fitnah dengan perbuatan yang dilaknati Allah dan memecahbelahkan umat Islam dan perpaduan kaum di Malaysia.

"Kita sebagai mahasiswa intelektual perlu menilai dengan bijak isu-isu yang timbul,jangan hanya menilai daripada satu pihak sahaja dan menuduh pihak lain tanpa usul periksa. Dan kita perlu ambil iktibar atas segala yang buruk telah berlaku sebelum ini."

Baru-baru ini juga telah timbul fitnah dituju kepada Penggerak Mahasiswa apabila rumah siswi disimbah cat merah,dikatakan dendam PRK yang lepas.

Beliau juga mengingatkan Pro-Student supaya tidak memperdayakan mahasiswa dengan media blog ini. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kerana isu yang dibangkitkan Pro-Student setakat ini dapat membuka mata ramai pihak.

**Sekali lagi mahasiswa diingatkan supaya TIDAK TERPEDAYA dengan agenda dan fitnah 'SATU' pihak ini. Mereka akan buat apa sahaja untuk meraih undi mahasiswa untuk PRK akan datang. Mahasiswa perlu bersedia dengan isu-isu hangat akan datang,supaya tidak diturunkan bala bencana percaya kepada fitnah.

Katakan TIDAK kepada FITNAH.

-BIAR KALAH BERMARUAH,JANGAN MENANG KERANA FITNAH DAN TIPU DAYA-
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl